Pada awal-awal pagi yang indah, Rembo, anak jantan peliharaan Tok Dalang, hinggap di tingkap bilik Upin dan Ipin untuk berkokok sambil mengusik. Hanya Upin yang mudah terjaga. Setelah terjaga, dia teringat akan sesuatu, lalu mengambil kalendar lalu bersusah-payah membangunkan Ipin.
Setelah berjaya, dia menunjukkan kepada Ipin hari istimewa 16 haribulan
yang dibulatkan pada kalendar. Reaksi Ipin, menyorak dalam kegembiraan!
Dengan terujanya mereka berlari ke dapur untuk bersarapan. Mereka meminta Kak Ros dan Opah
meneka, "hari ini hari apa?" Ros dengan sinisnya menjawab, hari ini
"hari akak sibuk", sementara Opah tiba-tiba teringat mesti berjumpa
dengan Ah Tong.
Ini membuat Upin dan Ipin tergamam dan menyangka bahawa Opah dan Kak
Ros melupai hari ini yang istimewa, lalu keluar bersiar-siar untuk
berjumpa dengan kawan-kawan, dengan harapan agar mereka semua mengingati
hari ini hari apa.
Detektif Upin dan Ipin kembali beraksi.
Tiba-tiba,
mereka bertembung dengan Mei Mei yang cemas kerana kehilangan kotak
yang hendak dihantar kepada Muthu atas suruhan ibunya, setelah
terlanggar orang. Dengan itu, Upin dan Ipin bertukar kepada ragam
detektif, lantas menerima keterangan dari Mei Mei yang tidak tahu
sendiri apa isi kandungan kotak yang berwarna kuning dengan penutup biru
itu. Selepas itu, Upin dan Ipin ke tanah lapang untuk memulakan
penyiasatan, lalu terjumpa klip rambut bunga dan jejak kaki di atas
tanah lapang.
Dengan bahan-bahan bukti yang ada, Upin dan Ipin bergegas ke rumah Susanti, di mana Susanti, Devi dan Mail
sibuk meniup belon. Salah sebiji belon itu terletup kuat-kuat sampai
kedengaran di luar. Setelah terdengar panggilan dari adik-beradik kembar
itu, Susanti menyelinap keluar tanpa membuka pintu luas-luas, membuat
Upin dan Ipin hairan dan bertanya bunyi apa yang mereka dengar tadi.
Susanti mengaku tidak terdengar apa-apa.
Detektif Upin dan Ipin menunjukkan klip rambut yang mereka jumpai
tadi (rupanya milik Susanti), lalu menanya Susanti apa yang dia buat di
tanah lapang. Jelas Susanti, dia hanya menghantar barang ke Muthu.
Detektif Upin dan Ipin pun menerangkan bahawa Mei Mei kehilangan kotak
makanan. Dengan rasa gementar, Susanti masuk balik ke dalam rumah. Ipin
berpendapat bahawa Susanti tidak bersalah kerana pesalah sudah terpijak
makanan, tetapi tiada apa-apa kesan pada selipar Susanti.
Kemudian, Upin dan Ipin berjalan ke gerai Muthu. Muthu yang
sedang menelefon tiba-tiba menamatkan perbualan setelah terlihat Upin
dan Ipin, lalu membelanja mereka makan dan minum. Menariknya, ketika
menanya Upin dan Ipin, Muthu asyik menyelang-nyelikan perkataan "laici"
dengan perisa-perisa lain, tetapi Upin dan Ipin memesan air kosong
sahaja. Untuk makanan pula, Ipin memesan goreng, tetapi ayam goreng
sudah habis! Upin memesan nasi goreng pula, itu pun sudah habis! Jelas
Muthu, semua makanan itu habis dihantar ke rumah Upin dan Ipin ...
dengan tidak sengaja, Muthu memecah rahsia! Maka Upin dan Ipin bergegas
pergi ke rumah mereka.
Ehsan membawa kotak yang mencurigakan.
Ketika sampai di rumah, Upin dan Ipin terlihat Ehsan memegang sebuah kotak kuning, menuju ke arah sambil diiringi oleh Fizi.
Ehsan dan Fizi cemas melihat wajah adik-beradik kembar itu lalu
berpatah balik, tetapi Upin dan Ipin mendekati mereka. Apabila Upin dan
Ipin bertanya tentang kotak itu, Ehsan dan Fizi berkata bahawa hadiah
ini adalah untuk diberikan kepada Tok Dalang, tetapi Tok Dalang tiada di rumah! Setelah menyedari bahawa kotak hadiah itu berwarna kuning dengan penutup biru, Detektif Upin dan Ipin mengesyaki Ehsan dan Fizi mencuri pula. Dengan cepat Fizi meniru suara Kak Ros untuk mengusir mereka.
Upin
dan Ipin berlumba balik ke rumah mereka, lalu mengesan bau yang pelik
yang datang dari rumah, tanpa menyedari adanya selipar tetamu di bawah
tangga. Mereka membuka pintu utama rumah lalu melangkah ke dalam ruang
tamu yang malap dan sunyi. Dalam suasana yang begitu sedikit cahaya,
adik-beradik kembar juga menyedari kelainan dalam ruang tamu, seperti
meja makan dan belon. Tiba-tiba, lampu menyala semula, dan Upin dan Ipin
dikejutkan oleh Opah, Kak Ros, dan kawan-kawan yang menyanyikan lagu
"Selamat Hari Jadi", diikuti oleh lagu "Panjang Umur" yang dipimpin oleh
Susanti. Mei Mei sempat menyanyikan sedikit lagu "Selamat Hari Jadi"
versi Cina, sebelum disampuk oleh Mail.
Upin dan Ipin menarik nafas lega kerana Kak Ros tidak melupai hari
jadi mereka. Opah menjelaskan bahawa majlis hari jadi kejutan ini
dirancang oleh Kak Ros bersama taulan-taulan sekalian. Mei Mei
menjelaskan bahawa kotak besar biru kuning yang dibawa oleh Ehsan dan
Fizi itu adalah khas buat Upin dan Ipin, tetapi hadiah itu harus dibuka
selepas makan kek.
Gambar keluarga Upin dan Ipin.
Selepas
makan kek serta bermain sakan, Mail menjemput Upin dan Ipin untuk
membuka hadiah. Dalam kotak biru kuning ada set dan pakaian detektif.
Selain itu, terdapat kotak hadiah ungu yang di dalamnya ada sebuah lagi
kotak, dan di dalamnya ada sebuah lagi kotak dan sebagainya, umpama anak patung Matryoshka, hinggalah kotak yang paling kecil yang berisi buku "Adik yang Baik"; rupa-rupanya hadiah daripada Kak Ros.
Giliran Opah pula menghadiahi cucu-cucu yang menyambut hari jadi
mereka, yang berupa sehelai gambar lama dalam bingkai. Di belakang
bingkai itu tertulis, "Mak, Abah, Ros, Upin dan Ipin"; rupa-rupanya
inilah gambar Upin dan Ipin sewaktu bayi bersama Kak Ros yang masih
budak dan arwah ibu bapa mereka. Dengan rasa bersyukurnya, Upin dan Ipin
berterima kasih kepada Opah atas hadiah yang paling istimewa itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar